Home Segmen Kesihatan ALAHAN GANDUM: APABILA MAKANAN HARIAN JADI MUSUH DALAM DIAM

ALAHAN GANDUM: APABILA MAKANAN HARIAN JADI MUSUH DALAM DIAM

412
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Apabila sebut pasal alahan, ramai hanya fikir makanan laut atau bulu haiwan. Tetapi tahukah anda, ada juga individu yang mengalami alergi terhadap gandum iaitu sejenis bahan asas yang sangat biasa dalam makanan harian kita?

Jom penulis kongsikan sedikit perkongsian daripada portal helloportal mengenai topik ini.

Orang yang mempunyai alahan gandum bukan saja perlu berpantang daripada roti, mi atau biskut malah mereka perlu mengikuti diet tanpa gandum sepenuhnya. Ini termasuklah mengelakkan produk yang ada kesan sisa gandum, walaupun sedikit.

Kenapa boleh jadi alergi gandum?

Dalam kes alahan, sistem imun badan bertindak balas secara tidak normal terhadap bahan tertentu dalam makanan biasanya protein.

Bagi penghidap alahan gandum, badan menganggap protein dalam gandum sebagai ancaman, lalu cuba menyingkirkannya. Sama seperti reaksi apabila badan melawan jangkitan. Sebaik saja mereka makan makanan yang mengandungi gandum, tubuh akan bertindak agresif dan muncullah simptom-simptom alahan.

Apa simptom alahan gandum?

– Ruam pada kulit
– Gatal-gatal
– Sakit perut, muntah atau cirit-birit
– Sesak nafas (dalam kes serius)

Kanak-kanak adalah antara kumpulan yang sering mengalami alahan ini. Berita baiknya, ramai yang akan pulih apabila meningkat dewasa. Tapi bagi yang tidak, mereka perlu terus berhati-hati dengan diet.

Jika anda atau anak anda ada alahan gandum, baca label produk setiap kali membeli. Kadangkala, makanan akan dilabelkan ‘mungkin mengandungi gandum’ atau ‘diperbuat di fasiliti yang mengandungi gandum’.

Walaupun kandungan gandum sedikit, ia boleh mencetuskan reaksi serius kepada penghidap.
bagaimanapun terdapat pengganti gandum yang selamat.

Berikut antara bahan alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan gandum:

1. Tepung biasa → Guna tepung beras, jagung, kentang atau soya. Cari label “bebas gluten” jika sensitif.

2. Mi → Pilih mi beras, mi jagung, atau mi daripada kekacang.

3. Serdak roti untuk goreng → Guna keju parut, biskut bebas gandum atau serbuk jagung.

4. Bahan pemekat kuah → Ganti dengan tepung jagung, tepung beras atau tofu.

Alahan gandum mungkin tidak sepopular alahan makanan laut, tetapi risikonya tetap ada. Kesedaran tentang kandungan makanan dan tabiat membaca label produk boleh membantu penghidap alahan menjalani hidup lebih selamat dan sihat.

Jaga pemakanan, jaga nyawa. Jangan pandang ringan pada alahan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here