Home Buletin Semasa MEDIA GESA KERAJAAN AMBIL LANGKAH PROAKTIF, BANTU INDUSTRI HADAPI CABARAN MASA KINI

MEDIA GESA KERAJAAN AMBIL LANGKAH PROAKTIF, BANTU INDUSTRI HADAPI CABARAN MASA KINI

372
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Industri media menggesa kerajaan mengambil langkah proaktif seperti penyediaan insentif kewangan, geran transformasi digital dan kerjasama strategik bagi memastikan industri media kekal relevan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran besar masa kini.

Ketua Pengarang Borneo Sabah, Datuk Lichong Angkui, mengakui media sekarang sedang bergelut menghadapi persaingan daripada media sosial dan platform digital global selain terpaksa berdepan penurunan hasil iklan dan perubahan pola bacaan rakyat yang mengakibatkan pendapatan syarikatnya semakin menyusut.

“Keadaan kami (media) tidak baik-baik sahaja tambahan pula kos operasi semakin meningkat.

“Kami berharap agar kerajaan memberi pertimbangan dengan melaksanakan langkah proaktif untuk menyelamatkan industri terutama persuratkhabaran yang semakin mengecil,” katanya dalam ucapan sebagai wakil media pada sambutan Hari Wartawan Negara (HAWANA)2025 di sini pada Sabtu.

Tambahnya, beliau turut menyambut baik penubuhan Tabung Kasih HAWANA yang menjadi inisiatif dalam membantu ratusan pengamal media, sama ada yang masih aktif mahupun yang telah bersara tetapi menghadapi kesulitan hidup.

Katanya, ia menjadi bukti bahawa di sebalik ketajaman pena wartawan, terselit ruang belas ihsan dan simpati yang tetap diberikan oleh kerajaan.

“Kami berharap agar sambutan HAWANA ini menjadi titik tolak kepada masa depan yang cerah terhadap dunia kewartawanan Malaysia untuk bebas beretika dan mampan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here