Home Buletin Semasa LELAKI MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN DI MACHANG

LELAKI MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN DI MACHANG

531
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

MACHANG: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas tersepit di tempat duduk pemandu dalam kejadian kemalangan jalan raya apabila kenderaan miliknya bertembung dengan kenderaan lain di Jalan Machang – Kuala Krai, Machang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad di sini, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Suhaimi Razali, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.25 pagi dan menggerakkan enam anggota bersama sebuah jentera FRT ke lokasi terbabit.

“Kami tiba di lokasi kejadian pada jam 12.43 pagi dan didapati benar terdapat kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Honda Accord sedan dan Perodua Axia dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu Honda Accord meninggal dunia akibat tersepit manakala pemandu dan penumpang Perodua Axia cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua mangsa dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan Power Unit Rescue Tool kemudian diserahkan kepada ambulans Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi mangsa yang meninggal dunia, diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here