Home Sukan INI ADALAH PARIS – DEMBELE

INI ADALAH PARIS – DEMBELE

461
0

PARIS: Penyerang Paris Saint-Germain, Ousmane Dembele mendapat tepukan gemuruh yang biasanya hanya diberikan kepada juara tenis ketika dia memasuki gelanggang utama di Roland Garros bersama trofi Liga Juara-Juara Eropah yang baru dimenanginya.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian Kelab Perancis itu menewaskan Inter Milan 5-0 dalam aksi final di Munich pada Sabtu untuk menjulang trofi berkenaan buat julung kalinya sebelum pemain-pemain disambut sebagai wira di Paris keesokan harinya.

Keraian untuk Dembele, yang dinobatkan Pemain Terbaik Liga Juara-Juara Eropah musim ini, berterusan semalam apabila dia membawa masuk trofi berkenaan ke Court Philippe Chatrier di hadapan lebih 10,000 penonton.

Sebelum itu pemain wild card tuan rumah yang menghuni ranking ke-361 dunia, Lois Boisson mengejutkan pilihan ketiga dari Amerika Syarikat, Jessica Pegula dalam tiga set untuk mara ke suku akhir Terbuka Perancis.

“Ici c’est Paris, (Ini adalah Paris),” kata Dembele dan disambut sorakan gemuruh penonton.

PSG adalah kelab Perancis kedua memenangi Kejuaraan Eropah selepas Olympique de Marseille pada tahun 1993. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here