Home Luar Negara CUACA PANAS: ‘LOCKDOWN’ 6 JAM DI ARAFAH DAN MINA

CUACA PANAS: ‘LOCKDOWN’ 6 JAM DI ARAFAH DAN MINA

585
0

MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi menyarankan semua pengendali jemaah haji negara masing-masing, melaksanakan ‘lockdown’ atau sekatan keluar masuk di khemah ketika di Arafah dan Mina.

Mememtik laporan AFP menerusi Harian Metro, ini kerana, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bimbang keselamatan jemaah haji dari seluruh dunia, susulan cuaca panas yang semakin meningkat di Makkah.

Sekatan tempoh enam jam, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang dan jemaah haji disaran kekal di dalam khemah bagi mengelak daripada strok haba.

Difahamkan, cuaca panas dijangka mencecah 50 darjah Celsius pada hari wukuf di Arafah, menyebabkan bahang meningkat dengan ketara.

Khutbah Arafah juga difahamkan akan disiarkan secara langsung pada skrin besar di dalam khemah bagi memudahkan jemaah.

Sementara itu, Direktorat Am Pasport (Jawazat) berkata, Arab Saudi sudah menerima 890,883 jemaah haji setakat Jumaat lalu, dan mengulangi amaran mengenai tindakan tegas terhadap pelanggaran visa pelancong.

Jumlah itu turut mencerminkan momentum yang berterusan menjelang musim haji ketika jemaah terus memasuki Arab Saudi melalui lapangan terbang, lintasan darat dan pelabuhan.

Jawazat melaporkan 846,415 jemaah tiba melalui lapangan terbang antarabangsa, 41,646 melalui lintasan sempadan darat, dan 2,822 melalui pelabuhan. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here