Home Segmen Kesihatan KHASIAT BUAH BETIK UNTUK KESIHATAN DALAMAN, LUARAN

KHASIAT BUAH BETIK UNTUK KESIHATAN DALAMAN, LUARAN

361
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Buah betik adalah buah-buahan tropika yang sering dijadikan sajian pencuci mulutn kususnya masyarakat kita.

Buahnya berbentuk bujur, berwarna hijau kekuningan dan tekstur isinya yang lembut ditambah pula dengan rasa manis mampu memikat selera ramai orang.

Ia juga salah satu buah yang mempunyai hampir semua zat makanan diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Persoalannya, bagaimana buah itu membantu tubuh badan manusia mendapat kesihatan semula jadi dari segi luaran mahupun dalaman tanpa perlu mengambil makanan tambahan lain?

Salah satu manfaat betik adalah, melancarkan sistem pencernaan kerana ia mengandungi enzim papain yang membantu memecahkan protein dan mempercepatkan proses pencernaan makanan.

Oleh itu, ia bagus bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman mahupun sembelit.

Selain itu, betik juga mempunyai sumber Vitamin C yang tinggi berbanding buahan lain seperti oren yang mana boleh menguatkan sistem imun, membantu penyembuhan luka, dan bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas.

Di samping itu, bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan mata, buah betik sangat sesuai bagi mereka.

Ia mengandungi beta-karotena dan lutein yang sangat penting untuk penglihatan yang baik.

Pada masa sama, boleh mengurangkan risiko rabun dan katarak.

Justeru, betik juga membantu mengekalkan keanjalan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Bukan itu sahaja, betik juga boleh digunakan secara luaran sebagai masker wajah semula jadi yang berkesan untuk menyegarkan kulit dan mengurangkan masalah jerawat.

Selain manfaat terhadap kulit, betik juga memainkan peranan penting dalam penjagaan rambut.

Kandungan vitamin A dalam buah ini membantu menyuburkan akar rambut, merapikan helaian rambut, dan mengekalkan kelembapan semula jadi.

Bagaimanapun, kesemua buah-buahan mempunyai khasiatnya tersendiri, jadi penting pada orang ramai agar selalu makan buah-buahan untuk mendapatkan kesihatan semula jadi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here