Home Sukan FINAL LIGA EUROPA TAWAR ‘BANTUAN’ KEWANGAN BUAT MAN UNITED, SPURS

FINAL LIGA EUROPA TAWAR ‘BANTUAN’ KEWANGAN BUAT MAN UNITED, SPURS

360
0

MANCHESTER: Manchester United dan Tottenham Hotspur akan berusaha menyelamatkan musim domestik mereka yang malap dalam final Liga Europa, awal pagi Khami ini, apabila ganjaran tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan sama berharganya dengan trofi kejohanan.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, kedua-dua pasukan tiba di Bilbao dalam keadaan yang penuh tekanan selepas melalui musim terburuk mereka dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL).

United kini berada di tangga ke-16 manakala Tottenham satu mata di belakang di tangga ke-17, dengan hanya satu perlawanan liga berbaki.

Nasib kedua-dua pasukan hanya diselamatkan oleh kemerosotan tiga pasukan tercorot iaitu Ipswich, Leicester dan Southampton daripada tercampak ke Liga Kejuaraan.

Bagi pasukan yang kalah dalam final, kesannya dijangka berpanjangan kerana ketiadaan bola sepak Eropah akan menjadi tamparan hebat terhadap bajet kewangan mereka untuk tahun akan datang.

“Ia akan memberi kesan besar kepada dua atau tiga tahun akan datang untuk kedua-dua kelab,” kata bekas kapten United, Gary Neville.

“Mereka memerlukan pelaburan ke dalam pasukan dan jika mereka tidak mendapat wang Liga Juara-Juara, maka pelaburan itu akan sedikit dan itu mungkin menghalang kelayakan mereka ke Liga Juara-Juara musim depan.”

United hanya sekali gagal layak ke pentas Eropah dalam 35 tahun terakhir.

Kini, kewangan kelab itu turut berada di bawah pemerhatian selepas pemilik bersama, Jim Ratcliffe melaksanakan pemotongan besar bajet sejak membeli saham minoriti lebih setahun lalu.

Baru-baru ini, kelab itu mengumumkan 200 lagi pemotongan pekerjaan, selepas 250 jawatan dikurangkan tahun lalu.

Ratcliffe mempertahankan tindakan itu dengan menyatakan pada Mac bahawa United akan kehabisan wang menjelang Krismas jika tidak bertindak sedemikian.

Pelaburan amat diperlukan di Old Trafford, bukan sahaja di atas padang, tetapi juga dari segi prasarana.

Awal tahun ini, United mengumumkan rancangan untuk membina stadium baharu berkapasiti 100,000 dengan anggaran kos £2 bilion (RM11.47 bilion).

Namun begitu, pelantikan Ruben Amorim sejak November gagal menyelamatkan keadaan apabila hanya enam kemenangan dicatat dalam 26 perlawanan liga.

“Bagi saya, Liga Juara-Juara lebih penting,” kata Amorim ketika ditanya sama ada kelayakan ke kejohanan elit Eropah atau trofi adalah keutamaannya.

“Cara terbaik untuk membantu kami kembali ke puncak dalam beberapa tahun akan datang adalah Liga Juara-Juara. Bukan trofi.”

Anggaran konservatif menyebut kemenangan di San Mames itu bakal menjana sehingga £70 juta (RM401.34 juta).

United sendiri memperoleh £52 juta (RM298.14 juta) meskipun tersingkir awal dari UCL musim lalu.

Sejak itu, penstrukturan semula kejohanan Eropah telah meningkatkan jumlah perlawanan dan nilai hadiah wang tunai yang ditawarkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA). – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here