Home Luar Negara LIMA MAUT, DUA HELIKOPTER BERLANGGAR DI RUANG UDARA FINLAND

LIMA MAUT, DUA HELIKOPTER BERLANGGAR DI RUANG UDARA FINLAND

HELSINKI, Finland: Lima maut selepas dua dua helikopter persendirian bertembung di ruang udara Finland dan terhempas semalam, kata polis.

“Lima orang maut dalam kemalangan helikopter berhampiran Lapangan Terbang Eura pada Sabtu (semalam),” kata Ketua Detektif Inspektor Johannes Siirila dalam satu kenyataan.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, berdasarkan jadual penerbangan, sebuah helikopter membawa dua orang dan tiga dalam sebuah lagi helikopter.

Kedua-duanya berlepas dari ibu negara Estonia, Tallinn dan menuju ke Piikajarvi, beberapa kilometer dari tempat pesawat terhempas.

Media melaporkan antara penumpang dalam helikopter itu adalah ahli perniagaan.

Akhbar Finland, Iltalehti memetik seorang saksi, Antti Marjanen yang melihat salah satu helikopter melanggar yang lain ketika di udara.

“Salah satu daripadanya jatuh seperti batu dan satu lagi lebih perlahan. Saya tidak mendengar sebarang bunyi,” kata Marjanen. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here