Home Luar Negara PENGHANTAR BARANG ‘BUANG HAJAT’ DEPAN RUMAH PELANGGAN

PENGHANTAR BARANG ‘BUANG HAJAT’ DEPAN RUMAH PELANGGAN

230
0

LOS ANGELES: Seorang pemandu penghantaran barang bukan sahaja menyerahkan bungkusan Amazon dalam rutinnya hujung minggu lalu, malah turut ‘meninggalkan hadiah tak dijangka’ di luar dua rumah berbeza apabila dia berhenti untuk melepaskan hajat.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, rakaman kamera keselamatan menunjukkan wanita itu, lengkap memakai vest (anak baju) Amazon, menaiki tangga sebuah rumah di Los Angeles sambil membawa bungkusan.

Namun apabila dia berjalan meninggalkan anjung rumah – sambil menarik seluar pendeknya ke atas – satu najis manusia kelihatan ditinggalkan di anak tangga bawah.

Pemilik rumah, Tamara Bedoy, memberitahu penyiar KTLA bahawa suaminya berdepan dengan kekotoran itu apabila dia turun untuk mengambil kopi Hari Ibu untuknya dan bungkusan hadiah yang dihantar.

“Dia turun dan mendapati bukan hanya ada satu bungkusan, tapi satu lagi ‘bungkusan’ yang amat tidak wajar dan menjijikkan – iaitu najis manusia dan kelihatan seperti air kencing,” kata Bedoy.

“Saya benar-benar jijik. Ia pengalaman yang amat buruk.”

Tidak sampai 30 minit kemudian, pemandu sama dilihat menerusi kamera keselamatan rumah lain menurunkan seluar dan membuang air kecil berhampiran dengan bungkusan yang baru dihantar.

Jurucakap Amazon memberitahu AFP bahawa pemandu itu – seorang kontraktor bebas – tidak lagi bertugas dengan syarikat itu.

“Kami sangat terganggu dengan kelakuan tidak boleh diterima oleh pemandu ini dan memohon maaf kepada pelanggan yang terbabit,” kata Richard Rocha. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here