Home Hiburan IMPIAN SYAFIE BERAKSI DI SISI BETO KUSYAIRY TERCAPAI

IMPIAN SYAFIE BERAKSI DI SISI BETO KUSYAIRY TERCAPAI

213
0

KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat, Syafie Naswip menyifatkan peluang membintangi filem epik sejarah, Gayong sebagai satu impian menjadi kenyataan apabila dapat beraksi bersama dua idolanya, Beto Kusyairy dan Nabila Huda.

Memetik laporan Berita Harian, Syafie, 32, berkata, dia tidak teragak-agak menerima tawaran walaupun skrip belum siap kerana yakin dengan produksi dan barisan pelakon yang terbabit.

“Pada awal, saya pilih untuk terima dan buat sahaja. Jadi atau tidak, belakang kira. Apabila ditawarkan, saya tanya penerbit siapa pengarahnya? Saya dimaklumkan Faisal Ishak.

“Selepas itu, saya diberitahu pelakon yang terbabit pula Beto, Nabila dan Yayan Ruhian. Saya terus setuju walaupun skrip belum dapat.

“Selalunya saya akan tengok skrip. Tapi, kali ini saya setuju terima tanpa tengok skrip sebab masih dalam pembuatan,” katanya ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Gayong di ibu negara, baru-baru ini.

Pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-25 itu berkata, dia tetap mahu menyahut cabaran dengan penuh semangat, meskipun genre epik dan aksi bukan kebiasaannya.

“Saya rasa gemuruh bila ditawarkan berlakon filem epik. Saya tak pernah berlakon cerita epik. Saya juga jarang berlakon cerita yang membabitkan aksi pertarungan.

“Tapi, apabila ditawarkan berlakon dengan Beto yang memang orang kata, ada asas silat dan sebagainya, saya jadi tak gemuruh.

“Saya mahu sahut cabaran sebab saya jenis pantang dicabar,” katanya.

Dalam filem Gayong, Syafie memegang watak Mat, iaitu individu yang setia berada di sisi watak utama, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman lakonan Beto.

Katanya, karakter itu berperanan penting sebagai penyokong emosi watak utama.

“Watak Mat menjadi orang yang sentiasa setia di sisi Meor Abdul Rahman. Saya seronok berlakon filem ini. Setiap masa, ada sahaja babak dengan Beto.

“Untuk babak aksi, kalau ada lebam sikit-sikit itu normal. Kami sangat menjaga benda itu supaya selamat untuk semua orang.

“Tapi dalam filem nampak ‘real’. Jadi, seboleh-bolehnya kami menjaga keselamatan semua orang,” katanya.

Mengulas cabaran di set penggambaran, Syafie berkata, babak aksi sememangnya memerlukan ketahanan fizikal, namun keselamatan semua pihak tetap diutamakan.

Gayong iaitu naskhah biopik berkisar perjalanan awal pengasas seni bela diri Silat Gayong, Allahyarham Meor Abdul Rahman akan ditayangkan pada Khamis ini.

Turut terbabit, aktor Thailand, Chevanon Phukaokaew. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here