Home Buletin Semasa LELAKI DITAHAN BAWA 5,600 POKOK DISYAKI SELUDUP DARI THAILAND

LELAKI DITAHAN BAWA 5,600 POKOK DISYAKI SELUDUP DARI THAILAND

287
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai membawa masuk 5,600 pokok pelbagai jenis tanpa dokumen sah di Sekat Pintas Serongga, di sini, pada Ahad.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, penahanan dibuat dalam operasi Op Taring Wawasan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA sekitar jam 7.30 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori yang dipandu suspek mengandungi 4,000 pokok pelbagai jenis buah dan 1,600 pokok jenis bunga yang disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Nik Ros Azhan lelaki berusia 34 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan berkaitan tumbuhan berkenaan dan dipercayai cuba menyeludup masuk pokok-pokok terbabit dari negara jiran, Thailand.

Katanya anggaran keseluruhan nilai rampasan, termasuk kenderaan yang digunakan, mencecah RM910,000.

“Suspek serta semua barangan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 5, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167),”katanya.

IMedikel TV




LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here