Home Luar Negara PAKISTAN SEDIA PERTAHAN KEDAULATAN JIKA SELEPAS DIANCAM INDIA

PAKISTAN SEDIA PERTAHAN KEDAULATAN JIKA SELEPAS DIANCAM INDIA

446
0

ISLAMABAD: Pakistan bersedia mempertahankan negara itu susulan serangan maut di Kashmir yang ditadbir India, susulan negara itu menuduh Pakistan terbabit dalam kes menyaksikan 26 pelancong dibunuh pengganas 22 April lalu.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, perkara itu sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara terbabit sehingga tercetus tembak-menembak di kawasan sempadan yang dipertikaikan itu.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, menggesa siasatan pemulihan dijalankan, selepas India menuduh Pakistan menyokong keganasan rentas sempadan.

Dalam kes 22 April lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati 26 lelaki dalam serangan terhadap pelancong di Pahalgam, Kashmir.

Serangan berkenaan adalah serangan terburuk ke atas orang awam di wilayah majoriti Islam itu dalam tempoh 25 tahun.

Bagaimanapun, Pakistan menafikan sebarang pembabitan negara itu dalam serangan terbabit.

“Angkatan tentera kita berani, kekal berupaya dan bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan kedaulatan negara,” kata Sharif ketika berucap dalam satu majlis ketenteraan di Abbottabad.

Tentera India dalam kenyataan berkata, kedua-dua negara berkenaan sudah mengambil pelbagai langkah diplomatik, manakala tentera India dan Pakistan dilaporkan bertempur dengan tembakan senjata kecil di sempadan Kashmir untuk dua malam berturut-turut.

Katanya, tembakan kecil tanpa provokasi dilakukan oleh beberapa pos tentera Pakistan pada waktu malam.

“Pasukan India bertindak balas sewajarnya dengan senjata kecil, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Tiada pengesahan segera daripada pihak Pakistan, namun kedua-dua negara sebelum ini mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak pada malam sebelumnya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kedua-dua negara berkenaan, yang pernah berperang beberapa kali sebelum ini, supaya menunjukkan ‘tahap kesabaran dan kawalan maksimum’.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meredakan ketegangan dengan menyatakan bahawa pertikaian itu pasti dapat diselesaikan dengan apa cara sekali pun. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here