Home Buletin Semasa KKM BIMBANG RISIKO TIDAK DIJANGKA AKIBAT TARIF AS TERHADAP PERANTI PERUBATAN

KKM BIMBANG RISIKO TIDAK DIJANGKA AKIBAT TARIF AS TERHADAP PERANTI PERUBATAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang timbulnya perkara tidak dijangka berkaitan peranti perubatan dan farmaseutikal meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sudah membuat pengumuman tarif.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata KKM setakat ini sedang memantau rapi perkembangan harga terhadap dua perkara tersebut.

“Dua perkara termasuk sektor farmaseutikal ini dikatakan akan diberi pengecualian tarif oleh Trump, tetapi nampak mungkin tidak begitu.

“Berapa tarif yang mungkin dikenakan itu belum dapat secara teliti.

“Trump ini memang sukar untuk dijangka jadi kita akan sentiasa meneka dan memantau,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Madani Afiat peringkat negeri Kelantan 2025 di Mydin Mall Tunjong di sini, hari ini.

Tambahnya, KKM sentiasa membuat persiapan dalam mencari pasaran dan sumber lain bagi memastikan bekalan perubatan di negara ini mencukupi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here