Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Mungkin ada dalam kalangan kita, merasa tangan kebas secara tiba-tiba. Namun, ramai yang memandang enteng gejala itu.
Public Health Malaysia dalam hantaran di media sosial Facebook berkongsi punca tangan kebas yang ramai tidak tahu.
Jika anda merasa tangan kebas, anda jangan mengambil sikap berdiam diri kerana ia mungkin akan menjadi lebih teruk.
Ada orang merasa kebas sebab saraf terhimpit. Ada yang tak tahu dia ada diabetes. Ada juga yang cuma fikir stres, padahal mereka mempunyai slip disc. Secara amnya, tubuh kita tidak pernah menipu. Bila ada isyarat, dengar.
Jom saya kongsikan punca tangan kebas.
- Saraf terhimpit (Carpal Tunnel Syndrome)
- Posisi tidur yang salah
- Slip disc (tulang belakang)
- Diabetes
- Tekanan darah tinggi atau kolestrol tinggi
- Kekurangan vitamin B12
- Dehidrasi atau kekurangan elektrolit
- Anxiety atau stress
- Penggunaan telefon atau gadjet terlalu lama.
Jadi, sekiranya lebih awal kita tahu puncanya, lebih mudah untuk merawat. Apa yang boleh kita buat?
• Catat bila kebas berlaku dan berapa lama
• Periksa tahap gula dalam darah
• Jumpa doktor jika kebas makin teruk atau menjejaskan pergerakan
• Jaga postur semasa kerja dan rehatkan tangan dari beban berulang
• Jangan abaikan kesihatan mental, stres juga beri kesan pada saraf
IMedikel TV






