Home Buletin Semasa PUSPAK TERUJA PRODUK IMEDIKEL TINGKAT KUALITI SPA TEMPATAN

PUSPAK TERUJA PRODUK IMEDIKEL TINGKAT KUALITI SPA TEMPATAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Persatuan Usahawan Spa Kelantan (PUSPAK) meluahkan rasa teruja terhadap rangkaian produk keluaran IMedikel yang disifatkan sangat lembut dan mesra kulit serta berpatutan untuk kegunaan spa.

Presiden PUSPAK, Rosnani Seman berkata dia yakin produk keluaran IMedikel mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan rawatan dan penjagaan kulit yang ditawarkan oleh para usahawan spa di negeri ini.

“Kami daripada PUSPAK memang sangat teruja dengan apa yang dituniukkan oleh IMedikel sebab “ingredients” sangat “soft” dan berpatutan dengan spa.

“Memang kita selalu menggunakan minyak urut, “body scrub”, tetapi kami tidak tahu bagaimana untuk kami dapatkan produk itu dan menjenamakannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Imedikel Pharma Holdings Berhad (IMPHB) di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Penasihat Ejen2u, Nik Fadzle Omar, sebagai platform sokongan jualan dan pengedaran produk tempatan, Ejen2u tampil membantu pengasas produk di Kelantan untuk memasarkan jenama mereka melalui kerjasama bersama IMedikel terutama dalam penjenamaan produk yang dipercayai dan kukuh dalam pasaran tempatan.

“Program anjuran IMedikel memberi pendedahan berguna kepada PUSPAK tentang strategi pengembangan perniagaan, pemilihan produk berkualiti dan cara untuk kekal mampan dalam industri.

“Apa yang IMedikel anjurkan hari ini sangat tepat dan bermanfaat untuk pengasas tempatan,” katanya.

Jelasnya, dia turut bercadang agar program itu diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Hadir sama, Presiden IMPHB, Yusmat Mamat dan Timbalan Presiden IMPHB, Hasnah Zakaria.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here