Home Hiburan BAPA AG COCO MENINGGAL DUNIA

BAPA AG COCO MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Bapa komposer dan pemain gitar kumpulan Hujan, AG Coco iaitu Mohd Hafidz Hussein meninggal dunia, semalam.

AG dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan jenazah bapanya dimandi dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Katanya, jenazah kemudian dibawa ke Masjid Akar Peluru, Alor Setar, Kedah dan disolatkan sekali lagi.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pemergian itu termasuk punca kematian tidak didedahkan.

“Dengan penuh dukacita, kami memaklumkan pemergian ayahanda kami, Mohd Hafidz bin Hussein pada hari ini, 21 April 2025 bersamaan 22 Syawal 1446H.

“Jenazah dibawa pulang ke Masjid Akar Peluru, Alor Setar di mana solat jenazah akan dilakukan sekali lagi sebelum pengebumian dijalankan,” katanya.

Terdahulu, AG pernah meluahkan rasa sedih apabila bapanya diserang angin ahmar dan koma pada malam raya lalu.

Menerusi luahannya, dia tidak akan pernah melupakan detik itu dan menyifatkannya sebagai malam raya paling beremosi yang akan terus terpahat dalam memorinya. -HMetro Online- 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here