Home Buletin Semasa POLIS SERBU BANGSAL KETUM DI KAMPUNG MENTUA

POLIS SERBU BANGSAL KETUM DI KAMPUNG MENTUA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Lebih 40 bungkus air ketum dirampas dalam serbuan di sebuah bangsal pengedaran air ketum menerusi Op Taring Wawasan di Kampung Mentua, di sini, pada Sabtu.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan berkata, ketika serbuan pada jam 9.30 malam itu, suspek bertindak melarikan diri setelah menyedari kegiatan mereka dihidu oleh pihak polis.

“Polis mendapati lebih 40 bungkus air ketum yang sudah diproses berada di dalam bangsal berkenaan.

“Kesemua air ketum itu bernilai kira-kira RM1,200,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pengedaran air ketum dari terus berleluasa di sempadan negara,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here