Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN ‘SPOT CHECK’ KENDERAAN DI SEMPADAN

KPDN KELANTAN ‘SPOT CHECK’ KENDERAAN DI SEMPADAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Kenderaan tempatan dan asing yang keluar masuk di pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan diperiksa pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan.

Menurut kenyatan KPDN dalam hantaran di laman sosial Facebook, tindakan itu dilakukan dalam usaha membendung penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan.

Menurut KPDN, pemantauan tersebut dijalankan bagi memastikan undang-undang berkaitan barangan kawalan dipatuhi sepenuhnya.

Orang ramai yang ada sebarang aduan atau maklumat boleh salurkan terus kepada pihak kementerian melalui saluran rasmi yang disediakan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here