KUALA LUMPUR: Pelakon Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 63, hadir di Masjid Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pagi ini.
Menerusi sebuah klip, Michelle hadir berselendang dan memakai kaca mata hitam sambil ditemani seorang pengiring serta pengawal keselamatan.
Memetic laporan Harian Metro, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Academy atau Oscar bagi edisi Ke-95 itu bagaimanapun tidak berkongsi mengenai kepulangannya ke tanah air di media sosialnya setakat ini.
Istiadat Penghormatan Terakhir Perdana Menteri Kelima itu diawalkan kepada jam 10 pagi dan berlangsung sehingga jam 1 petang.
Turut kelihatan orang awam sudah mula berada di Dewan Solat Utama bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. – HMetro Online –
IMedikel TV






