Home Buletin Semasa KELANTAN SUMBANG RM500,000 KEPADA SELANGOR TANDA SILODARITI TERHADAP MANGSA LETUPAN GAS PUTRA...

KELANTAN SUMBANG RM500,000 KEPADA SELANGOR TANDA SILODARITI TERHADAP MANGSA LETUPAN GAS PUTRA HEIGHTS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan berjumlah RM500,000 kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menzahirkan tanda solidariti terhadap mangsa letupan gas Putra Heights, pada Ahad.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam hantaran di media sosial Facebook miliknya, berkata sumbangan itu sebagai tanda solidariti dan kepedulian, Kelantan dengan mengambil Langkah untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat melalui Kerajaan Negeri Selangor.

“Sifat insani yang melangkaui sempadan negeri, bangsa mahupun agama dizahirkan melalui semangat kebersamaan serta menyelami penderitaan yang sedang ditanggung oleh mangsa tragedi letupan di Putra Heights.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu mangsa yang terkesan sekaligus dapat meringankan beban yang ditanggung akibat kejadian tersebut,”katanya dalam hantaran itu semalam.

Sumbangan tersebut diserahkan Mohd Nassuruddin kepada Setiuasaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, mewakili Menteri Besar Selangor dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, semalam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here