Home Luar Negara 5 MAUT, 9 CEDERA BILA VAN TERJATUH KE DALAM GAUNG

5 MAUT, 9 CEDERA BILA VAN TERJATUH KE DALAM GAUNG

MANILA: Sebuah van membawa pelancong terjunam 50 meter ke dalam gaung di utara Filipina, mengorbankan lima penumpang dan mencederakan sembilan yang lain, kata polis hari ini, lapor Xinhua.

Polis berkata, kemalangan itu berlaku sekitar 10 malam waktu tempatan pada Jumaat di Sadanga, sebuah bandar di Wilayah Gunung, utara Manila.

Menurut siasatan, van itu terbabas dan menjunam ke sungai mengakibatkan tiga penumpang lelaki dan dua wanita maut di tempat kejadian.

Anggota penyelamat yang segera bergegas ke tempat kejadian menggunakan tali untuk menuruni gaung dan mengangkat penumpang yang terselamat ke tempat selamat.

Mangsa yang terselamat dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Wilayah di Wilayah Pentadbiran Cordillera mempunyai jalan yang sempit, curam dan licin pada hari hujan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here