PARIS: Dua jet Alpha milik pasukan aerobatik Tentera Udara Perancis bertembung ketika sesi latihan berhampiran Saint-Dizier, timur Perancis pada Selasa, kata Menteri Pertahanan Sebastien Lecornu,
Kedua-dua juruterbang “Patrouille de France” terselamat selepas berjaya melenting keluar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian.
Saint-Dizier, yang terletak kira-kira 200 kilometer ke timur Paris, merupakan lokasi sebuah pangkalan udara Perancis. – BERNAMA-dpa, BH Online –
IMedikel TV






