Home Hiburan RAJIN NABIL TEMAN ISTERI KE PASAR

RAJIN NABIL TEMAN ISTERI KE PASAR

208
0

KUALA LUMPUR: “Dah tiada kerja.”

Demikian kata pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad ketika menjawab pertanyaan isterinya, Nazirah Ayub apabila mempunyai lebih masa untuk menemaninya ke pasar berbanding sebelum ini.

“Rajin dia teman ke pasar. Selalu memang tidaklah kan? ,” tanya Nazirah kepada Nabil dalam video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam masa sama, Nazirah atau mesra disapa Zira turut menyifatkan ujian yang berlaku terhadap suaminya itu mempunyai hikmah disebaliknya.

“Alhamdulillah rajin dia ke pasar. Haa kan ada hikmah tu,” tulisnya.

Sebelum ini, Nabil dan dua rakan penyampai 3 Pagi Era iaitu Azad Jasmin dan Radin masih lagi direhatkan sehingga siasatan dalaman selesai.

Ia berhubung video tular yang didakwa mempersendakan agama.

Namun pada 11 Mac lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan kompaun RM250,000 kepada Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana muat naik kandungan jelik melampau di media sosial.

Kompaun itu dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (yang dipinda pada 11 Februari 2025).

SKMM dalam kenyataan itu menjelaskan pihaknya juga memutuskan untuk tidak menggantung lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali Era FM, selepas meneliti rayuan syarikat itu terhadap notis penggantungan yang dikeluarkan pada 7 Mac lalu. – Hmetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here