Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Amalan mandi awal pagi sebelum sahur bukan sahaja menyegarkan tubuh, malah memberi kesan positif terhadap kesihatan fizikal dan mental sepanjang menjalani ibadah puasa.
Walaupun dilihat sebagai rutin kecil, tetapi ia boleh memberi impak yang besar pada badan.
Mandi pada awal pagi boleh meningkatkan sistem peredaran darah dan kadar metabolisme serta mengurangkan rasa lesu pada badan.
Air sejuk yang kena pada badan ketika mandi akan menghantar isyarat ke otak dan dapat menjadikan individu lebih segar, bertenaga dan fokus semasa bersahur.
Selain itu, ia juga boleh membantu meningkatkan mood serta mengurangkan tekanan, sekali gus memberi impak positif kepada kesihatan mental sepanjang Ramadan.
Bagi mereka yang mengalami masalah mengantuk ketika sahur atau sukar bangun dari tidur, mandi awal pagi dapat memastikan tubuh kekal cergas dan aktif.
Pada masa sama, ia boleh menjaga kebersihan diri sekali gus meningkatkan keselesaan ketika menunaikan solat Subuh dan aktiviti ibadah lain pada awal waktu.
Oleh itu, kita digalakkan untuk mandi awal pagi sebagai permulaan untuk memulakan sesuatu aktiviti seharian.
IMedikel TV






