Home Luar Negara BUDAK TELEFON 911 KERANA IBU ‘CURI’ AISKRIM

BUDAK TELEFON 911 KERANA IBU ‘CURI’ AISKRIM

127
0

WASHINGTON: Kedengaran lucu, namun seorang kanak-kanak lelaki di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, sanggup menghubungi polis selepas mendakwa ibunya ‘mencuri’ aiskrim miliknya.

Portal CNN melaporkan, susulan aduan itu, polis dihantar ke rumah kanak-kanak berkenaan.

“Ibu saya teruk,” kata kanak-kanak berusia empat tahun itu kepada polis, menurut rakaman yang diperoleh daripada WTMJ.

“Baiklah, apa yang berlaku?” tanya polis.

“Datang dan dapatkan ibu saya,” jawab kanak-kanak itu.

Kemudian ibu kanak-kanak mencelah, mengambil telefon dan memberitahu hal sebenar.

“Oh, anak saya ini telefon itu, dan dia berumur empat tahun.

“Saya makan aiskrimnya, jadi mungkin sebab itu dia menghubungi talian 911,” katanya.

Dalam rakaman itu, kedengaran suara kanak-kanak lelaki itu mempertikaikan aduan dan sangat tidak berpuas hati.

Pegawai polis kemudian ke rumah keluarga itu untuk memastikan apa sebenarnya yang berlaku.

Sejurus pegawai tiba, kanak-kanak lelaki itu mengesahkan ibunya makan aiskrim, dan sekali lagi menuntut wanita itu dimasukkan ke penjara kerana kesalahan berkenaan.

Polis berkata, kanak-kanak itu akhirnya bersetuju untuk tidak memanjangkan kes, dan enggan ibunya di penjara kerana dia hanya mahukan aiskrim.

Dua hari kemudian, pegawai polis bertugas mengejutkan kanak-kanak itu dengan memberinya aiskrim. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here