Home Buletin Semasa 35 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU

35 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU

148
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan seramai 35 warga asing dalam Ops Sapu di sekitar Terminal Bas Lembah Sireh, di sini, pada Sabtu.

Pengarah Imigresen Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, berkata tangkapan dilakukan oleh 13 pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan pada jam 2 pagi.

“Bertindak atas hasil risikan dari bahagian penguatkuasa, JIM Kelantan telah membuat pemeriksaan terhadap warga asing di Terminal Bas Lembah Sireh Kota Bharu.

“Dalam operasi ini, kami menahan 15 lelaki, sembilan perempuan, dua kanak kanak lelaki warga Indonesia, serta dua lelaki India, empat lelaki Bangladesh dan tiga lelaki Myanmar,” jelasnya dalam suatu kenyataan, pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua warga asing yang ditahan adalah lingkungan 26 hingga 58 tahun manakala bagi kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun, dan mereka ditahan bersama ibu bapa masing-masing.

Mohamed Yusoff, berkata tangkapan disyaki dengan munasabah sudah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua mereka di bawa ke Depot Imigresen Tanah Merah bagi siasatan lanjut.

“Kami menggesa orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat tentang warga asing atau sebarang aktiviti mereka yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Tegasnya, tidak ada sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi mereka berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here