Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR PUTEH: Keserian bulan Ramadan kurang lengkap jika tiada pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai.
Jika sebelum ini bubur lambuk terkenal di negeri lain, namun di Kelantan juga permintaan bubur lambuk semakin meriah.
Pengasas Yaya Empire, Nadia Mat Isa, berkata sebanyak 500 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai berhampiran Masjid Ibrahimi, di sini, pada Sabtu.

“Semarak Kasih Ramadan yang diwangikan oleh Yaya Empire bekerjasama dengan pejabat Belia dan Sukan daerah Pasir Puteh dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kelantan.
“Kita hendak mendekati lokaliti yang merupakan pengguna Yaya Empire,”katanya kepada pemberita.
Nadia berkata mereka mula melakukan proses pembuatan bubur lambuk kira-kira jam 12 tenagah hari sebelum diagihkan kepada penduduk di Pasir Puteh.
“Bermula jam 12 tengah hari kita mula memasak bubur lambuk dan kita agihkan kepada penduduk di sekitar sini.
“Kita mula agihkan pada jam 5.30 petang dan dalam tempoh 15 minit sudah selesai untuk agihan sebanyak 500 bekas,”katanya.
Katanya program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“InsyaAllah mana-tempat yang menjemput kami, jika berkelapangan kami akan turun padang bersama.
“Sebab CSR adalah kita punya pelan tindakan (blueprint) untuk tahun 2025,”katanya.
Hadir sama Face of Yaya Empire Perfume iaitu penyanyi, Ara Johari, penyampai radio thr Gegar, Fazlisham atau Isey, pendikir, Adam ZBP, Trio Latah (Jack Memanda, Aiman & Pokjak) serta pelakon veteran, Kamarool Yusof atau lebih dikenali Cikman, manakala pempengaruh media sosial, Imran Bard dan Ervan Sekmung.
IMedikel TV






