Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Penyakit buah pinggang adalah masalah kesihatan serius yang boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan seperti dialisis atau pemindahan organ.
Tahukah anda 1 daripada 6 orang dewasa Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD)? Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), kadar CKD melonjak daripada 9.1 peratus pada 2011 kepada 15.5% pada 2018, dengan diabetes dan hipertensi menjadi punca utama. (https://medic.upm.edu.my/)
Persoalannya siapakah yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi menghidap penyakit buah pinggang?
Terdapat golongan tertentu yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang.
Sebelum itu, penulis kongsikan simptom penyakit buah pinggang memandangkan 15 Mac lalu adalah sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2025.
Ini adalah simptom penyakit buah pinggang iaitu:
- Bengkak kaki, buku lali atau tangan.
- Gesaan untuk membuang air kecil bertambah
- Kesukaran memfokus
- Hilang selera makan
- Loya/muntah
- Kegatalan tanpa henti
- Kelesuan
Seterusnya, penulis senaraikan antara golongan yang berisiko tinggi menghidap penyakit ini seperti yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Facebook mereka. Antaranya adalah:
- Penyakit kencing manis (diabetes)
- Tekanan darah tinggi
- Darah di dalam air kencing
- Kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit/akar-akar kayu/herba tradisional
- Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang
- Jangkitan kuman yang kerap pada saluran urinari genital
- Batu karang pada sistem buah pinggang
- Pesakit strok
- Pesakit yang mempunyai masalah jantung
- Dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja
- System Lupus Erythematous (SLE)
Golongan di atas adalah mereka yang berisko tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang. Jadi sayangi buah pinggang anda dan jaga kesihatan dan mengamalkan pemakanan serta kehidupan yang sihat.
IMedikel TV







