Home Segmen Kesihatan ‘OAT’ MENU SAHUR YANG MENGENYANGKAN?

‘OAT’ MENU SAHUR YANG MENGENYANGKAN?

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Masa berlalu dengan pantas dan masih berbaki 29 hari lagi untuk kita menjalani ibadah puasa.

Ramai orang dilema dengan menu bersahur dan berbuka puasa, ada sesetengah mereka gemar menikmati juadah yang lebih segar dan tidak ikurang yang suka memanaskan lauk yang dingin.

Menu ketika sahur amat penting kerana setiap orang perlu memilih makanan yang mengenyangkan dan boleh bertahan sehingga waktu berbuka.

Ramai yang masih tercari-cari menu yang berkhasiat untuk dimakan ketika sahur, malah ada juga yang merancang untuk mengamalkan diet yang sihat sepanjang Ramadan.

Tinjauan IMedikel TV di di platform TikTok, ramai yang berkongsikan tentang khasiat menu sahur iaitu ‘Overnight Oat’ yang boleh mengenyangkan sepanjang berpuasa.

Menurut portal HelloDoktor, ini adalah khasiat dan kebaikan oat yang boleh dimakan ketika sahur.

‘Oat’ yang sememangnya merupakan sejenis makanan yang baik untuk kesihatan dan dapat membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan, malah ia juga mengenyangkan.

Walaupun 100gram oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

Oat merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada campuran oat dan susu. Oat bukan sahaja makanan untuk sahur yang berkhasiat, ia juga mempunyai pelbagai nutrisi walaupun mudah untuk disediakan.

Tetapi anda pelu memilih oat yang tidak mengandungi gula atau rendah gula.

Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti tambah air, campur susu atau masukkan buah-buahan serta kekacang untuk menyedapkan lagi oat tersebut.

Selain itu, ia juga boleh dibekukan dan disejukkan membeku selama satu malam sebelum memakannya pada waktu sahur.

Antara resipi lain adalah boleh mencampurkan oat dengan kismis, kekacang, kurma atau buah-buahan segar yang dipotong kecil dan ditambah pula dengan susu segar dan disimpan di dalam peti sejuk.

Bagi mereka yang tidak pernah makan oat sepanjang waktu sahur, boleh mencubanya untuk kekal bertenaga.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here