KUALA LUMPUR: “Macam Romeo dan Juliet,” kata ibu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sebagai reaksi soalan pengikut TikTok apakah anaknya itu sedang dilamun cinta.
Sharifah Mahani memberi jawapan secara santai menerusi sesi ‘live’ atau siaran langsung bersama pengguna akaun TikTok, Space Dollah.
“Tengok pada sikapnya yang sanggup berenang dari satu penjuru ke satu penjuru, dengan emak dia pun dia tak pernah buat, tak pernah berenang, tak pernah naik gunung atau naik apa,” katanya.
Menerusi ruangan komen, ramai mengandaikan Syed Saddiq menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, malah teruja melihatkan ibu Ahli Parlimen Muar itu ‘sporting’ dalam mengulas mengenai anaknya itu.
Sejak kebelakangan ini, hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta jenama pakaian.
Mereka banyak meluangkan masa bersama malah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah. Syed Saddiq juga pernah muncul dalam video muzik lagu nyanyian bekas isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu yang berjudul Tapi Bukan Denganmu. – HMetro Online –
IMedikel TV






