Home Sukan MAN CITY ELAK KEJUTAN PLYMOUTH

MAN CITY ELAK KEJUTAN PLYMOUTH

MANCHESTER: Manchester City berjaya mengatasi cabaran kelab Liga Kejuaraan, Plymouth Argyle untuk mara ke suku akhir Piala FA dengan kemenangan 3-1.

Pemain remaja, Nico O’Reilly menyelamatkan maruah City dengan dua gol menerusi tandukan selepas pemain Ukraine, Maksym Talovierov meletakkan pelawat di depan dalam aksi di Etihad.

Kedua-dua jaringan O’Reilly hasil umpanan Kevin De Bruyne, yang kemudian meledak gol ketiga untuk mengesahkan kemenangan.

Plymouth gagal mengulangi kejutan seperti ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada pusingan keempat, dan City kini menjadi pasukan pilihan untuk memenangi Piala FA buat kali ketiga di bawah Pep Guardiola.

City turut ketinggalan sebelum bangkit menewaskan kelab divisyen tiga, Leyton Orient pada pusingan sebelumnya.

“Kami tahu betapa pentingnya ia. Sekarang kami akan berjuang, dan lihat apa yang akan berlaku,” kata Guardiola.

O’Reilley menanduk masuk hantaran De Bruyne dalam masa kecederaan babak pertama dan sekali lagi melakukannya pada minit ke-76 hasil sepakan sudut perancang dari Belgium itu.

“Dua gol daripada bek kiri, saya tidak menjangkakannya. Menuju rehat dengan ketinggalan 1-0 sudah pasti sukar tetapi (gol pertama) menyemarakkan semangat,” kata O’Reilley, yang turut menjaringkan gol ketika kemenangan 8-0 ke atas Salford City pada pusingan ketiga. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here