Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Sebanyak 40 liter minyak diesel dirampas oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah stesen minyak, di Pengkalan Kubor, di sini, pada Sabtu.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid, berkata seorang lelaki turut ditahan dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu,
“Kami menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di stesen tersebut semasa melakukan rondaan dalam Op Taring Wawasan, di sini.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 40 liter minyak diesel ditemui dalam kenderaan tersebut dan disyaki untuk diseludup masuk ke negara Thailand. Suspek berumur 43 tahun ditahan,”katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya anggaran nilai rampasan bernilai RM 35,127.50 termasuk nilai kenderaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






