Home Buletin Semasa PROGRAM KECEX 2.0 GABUNGKAN PENGGIAT INDUSTRI ELEKTRIK

PROGRAM KECEX 2.0 GABUNGKAN PENGGIAT INDUSTRI ELEKTRIK

242
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Seramai 150 peserta menyertai Program Kelantan Elektrical Convention And Exhibition 2.0 (KeCeX 2.0) yang diadakan selama dua hari bermula hari ini hingga esok di Dewan Tuanku Canselor, di sini, hari ini.

Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Saizol Ismail berkata, program tersebut bertujuan menggabungkan penggiat industri termasuk kontraktor, konsultan, pegawai agensi kerajaan, pengilang, pembekal peralatan kejuruteraan elektrik dan mekanikal di seluruh negeri ini.

“Peserta yang menyertai program pada hari ini adalah terdiri daripada pembekal atau kontraktor, selepas tamat kursus ini mereka akan ada ujian peperiksaan dan inshaallah mereka akan dapat menambah kepakaran untuk terima kerja-kerja berkaitan.

“Kita ada beberapa program yang melibatkan seminar dan kursus yang dilaksanakan seperti kursus telekomunikasi luaran E07 dann E08,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas perasmian Program KeCeX 2.0 di Universiti Malaysia Kelantan, di sini, hari ini.

Katanya, seramai 120 peserta menyertai Seminar Teknikal KeCeX 2.0 manakala 30 peserta menyertai Kursus Telekomunikasi Dalaman dan Kursus Telekomunikasi Luaran E07 dan E08.

Selain itu, katanya terdapat 40 pempamer membabitkan pengilang dan pembekal peralatan kejuruteraan elektrik dan mekanikal dari seluruh negara.

“Kita harap dengan kehadiran dan kebersamaan mereka menyertai program ini, pihak kontraktor dan pembekal secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here