Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 20 EKOR LEMBU SELUDUP

PGA RAMPAS 20 EKOR LEMBU SELUDUP

146
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 20 ekor lembu dipercayai diseludup di Kampug Lalang Pepuyu, di sini, pada Rabu.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid, berkata rampasan dilakukan sepasukan Batalion 8 kira-kira jam 4.45 petang dalam Op taring Wawasan.

“Seorang lelaki turut ditahan dalam operasi itu apabila menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati 20 ekor lembu anggaran berat lebih 10,000 kg dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah,”katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata suspek berumur 31 tahun itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup lembu tersebut ke pasaran tempatan.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 160,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here