Home Buletin Semasa 50 PESAKIT KANSER SERTAI BENGKEL PEMANDIRI KANSER

50 PESAKIT KANSER SERTAI BENGKEL PEMANDIRI KANSER

139
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seramai 50 pesakit kanser menyertai Bengkel Pemandiri Kanser 2025 di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), di sini hari, ini.

Menurut Ketua Perkhidmatan Pesakit Dalam, Dr Shahrizal Mustaffa, bengkel tersebut diadakan bagi memberi perkongsian ilmu terhadap kesemua pesakit kanser yang didiagnos berkaitan perawatan, penjagaan, pemakanan bagi pesakit kanser.

“Bengkel selama dua hari ini akan meliputi banyak aspek tentang perawatan, penjagaan pesakit yang didiagnos, jadi bukan sahaja pesakit yang hadir malah penjaga pesakit atau orang awam juga hadir pada bengkel ini.

“Kami juga ada melibatkan pakar-pakar daripada onkologi pakar dari pemakanan, pakar pembedahan perubatan, mereka ini akan memberi ilmu berbincang bersama pesakit,” katanya ketika ditemui pada Program Bengkel Pemandiri Kanser 2025@HPUSM di sini, hari ini.

Jelasnya, bengkel tersebut berlangsung selama dua hari bermula 19 hingga 20 Februari sempena sambutan Hari Kanser Sedunia.

Beliau berkata keberkesanan bengkel itu boleh memberi sokongan emosi terhadap pesakit kanser dalam mengatasi cabaran mental dan emosi yang dihadapi sepanjang perjalanan rawatan.

“Melalui sesi perkongsian pengalaman dan sokongan, pesakit dapat merasa lebih difahami kerana dapat mengurangkan rasa keseorangan, dan membina keyakinan diri,” katanya.

Selain itu, antara pengisian lain bagi bengkel tersebut adalah pemakanan bagi pesakit kanser.

“Setiap pesakit mempunyai kelainan dari segi kemampuannya, jadi melalui bengkel ini kita akan ajar apa yang perlu ditambah dan dikurangkan dari segi pemakanan seperti keperluan protein, karbohidrat atau pesakit yang mengalami malnutrisi sekalipun,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here