Home Buletin Semasa ANGKARA SEBIJI BOLA, KEHIDUPAN SEBUAH KELUARGA BERUBAH 360 DARJAH

ANGKARA SEBIJI BOLA, KEHIDUPAN SEBUAH KELUARGA BERUBAH 360 DARJAH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Angkara sebiji bola, kehidupan sebuah keluarga dari Kampung Tanjung, Bunut Susu, di sini, berubah 360 darjah.

Sakri Che Seman@Nordin, 45, dan isterinya, Siti Nur Ashiqah Abdul Azid, 41, terbabit dalam kemalangan semasa mengambil anak pulang dari sekolah.

“Kejadian ini berlaku pada 11 Disember 2024. Saya bersama isteri dalam perjalanan mengambil anak kedua berumur 11 tahun dari kelas KAFA kira-kira jam 4.30 petang.

“Tanpa diduga, tiba-tiba sebiji bola keluar dari pagar sekolah dan kebetulan kami melalui di kawasan itu. Saya tidak sempat mengelak dan terlanggar bola tersebut. Jadi, motosikal yang kami tunggangi hilang kawalan dan terbalik.

“Motosikal kami terbalik dan menimpa kaki kanan menyebabkan tulang betis saya hancur akibat hentaman yang kuat manakala isteri hanya mengalami kecederaan ringan,”katanya.

Sakri yang bekerja sendiri dengan membuka bengkel kimpalan di tepi rumahnya kini hilang punca pendapatan akibat kemalangan tersebut manakala isterinya surirumah sepenuh masa.

Katanya sebelum ini pendapatannya sebanyak RM800 sebulan bagi menyara keluarganya seramai tujuh orang termasuk lima anaknya yang berusia antara 4 tahun hingga 15 tahun dan isterinya.

“Selepas kejadian, saya mendapat rawatan dan berada di hospital selama 38 hari. Sepanjang berada di hospital, saya sudah melalui beberapa pembedahan termasuk memasukan besi ditempat tulang yang hancur itu.

“Menurut doktor, saya memerlukan masa lebih dari enam bulan untuk pulih namun pihak doktor tidak dapat menjamin kaki saya akan pulih sepenuhnya. Berkemungkinan saya akan mengalami sedikit kecacatan.

Sementara itu, Siti Nur Ashiqah, mereka kini bergantung kepada ihsan jiran tetangga dan orang ramai untuk kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

“Setakat hari ini, saya masih tidak bekerja kerana perlu menguruskan suami dan anak-anak.

“Tetapi alhamdulillah, ada yang membantu kami. Kalau ada yang datang menziarah ada dalam kalangan mereka menghulurkan sumbangan, jadi saya kumpul untuk membeli lauk dan makanan untuk keluarga,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here