Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Sudah pasti ramai yang tahu, penyakit kanser adalah penykit yang membunuh. Kanser boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, termasuk paru-paru, payudara, usus, darah (leukemia) dan organ lain.
Antara tanda umum seseorang menghidap kanser adalah:
1. Ketulan atau Bengkak yang Tidak Normal
– Muncul di mana-mana bahagian badan dan tidak mengecil atau hilang.
2. Penurunan Berat Badan yang Drastik
– Hilang berat secara tiba-tiba tanpa sebab jelas.
3. Kelesuan yang Berpanjangan
– Rasa letih melampau walaupun mendapat rehat yang cukup.
4. Kesakitan yang Berterusan
– Sakit di bahagian tertentu tanpa sebab yang jelas dan tidak sembuh.
5. Perubahan pada Kulit
– Warna kulit menjadi lebih gelap, pucat, atau terdapat perubahan pada tahi lalat.

6. Pendarahan atau Lebam yang Tidak Normal
– Pendarahan tanpa sebab, seperti batuk berdarah, najis berdarah, atau lebam mudah muncul.
7. Perubahan dalam Tabiat Buang Air Besar atau Kencing
– Cirit-birit atau sembelit yang berpanjangan, atau darah dalam air kencing/najis.
8. Kesukaran Menelan atau Suara Serak
– Terasa sakit atau sukar menelan makanan dalam tempoh lama.
9. Batuk Berpanjangan atau Sesak Nafas
– Batuk yang tidak sembuh atau sesak nafas tanpa sebab yang jelas.
10. Luka yang Tidak Sembuh
– Luka di mulut, kulit, atau bahagian lain yang tidak sembuh dalam tempoh lama.
Namun, perkongsian Public Health Malaysia di laman sosialnya mengenai tanda kanser yang sering tidak disedari oleh kita menarik perhatian penulis.

Untuk artikel kali ini, penulis akan berkongsi dengan pembaca antara tanda kanser yang sering tidak disedari.
Menurut Public Health Malaysia, ramai ingat kanser mesti ada benjolan atau sakit yang berterusan, tapi sebenarnya ada tanda-tanda halus yang kita selalu abaikan. Jangan terkejut kalau gejala yang anda anggap biasa rupanya boleh menjadi petunjuk awal kanser.
Antara tanda kanser yang sering tidak disedari adalah:
Batuk berpanjangan atau suara serak – lebih dari 3 minggu? Jangan anggap ia cuma batuk biasa.
Luka yang lambat sembuh – terutamanya di mulut atau kulit, boleh jadi tanda awal kanser.
Perubahan pada najis atau air kencing – sembelit, cirit-birit berterusan, atau darah dalam najis? Ini boleh menjadi tanda kanser usus.
Penurunan berat badan mendadak – jika tanpa diet atau senaman, ini mungkin petunjuk sesuatu yang serius.
Rasa letih melampau – bukan sekadar penat biasa, tetapi letih yang tidak hilang walau cukup tidur.
Perubahan pada kulit – tompok gelap, tahi lalat yang berubah bentuk atau warna, boleh jadi petanda awal kanser kulit.

Jika ada simptom yang berlarutan atau luar biasa, dapatkan pemeriksaan segera. Kanser yang dikesan awal lebih mudah dirawat. Sayangi diri, jangan tunggu sehingga terlambat.






