Home Sukan PRESIDEN KRWFC AKUI IRFAN BAKTI JURULATIH PILIHAN UTAMA

PRESIDEN KRWFC AKUI IRFAN BAKTI JURULATIH PILIHAN UTAMA

283
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: “Saya merisik dan memujuk Irfan Bakti beberapa kali kerana saya akui beliau seorang ketua jurulatih yang mempunyai reputasi tersendiri dalam kejayaannya menaikkan pemain-pemain muda,” kata Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRWFC) Nik Hafiz Naim Nik Hassan.

Beliau berkata, Irfan Bakti Abu Salim merupakan ketua jurulatih utama yang menjadi pilihannya.

“Beliau juga mampu membawa sesebuah pasukan dari liga bawahan ke peringkat tertinggi liga tempatan.

“Itu antara aspek utama yang kita lihat,” katanya ketika sidang media pada Sabtu.

Nik Hafiz berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya soal pembinaan pasukan termasuk pemilihan pemain terhadap beliau.

Jelasnya lagi, bagi pengambilan pemain import, ia bergantung kepada pengurusan pasukan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here