Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang membongkar kegiatan kilang yang menjalankan pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik (e-waste) secara haram di Mukim Bebar, Pekan, di sini, kelmarin.
Menurut kenyataan JAS hari ini, dalam serbuan itu, pihaknya turut menyita sebanyak 54 tan buangan terjadual.
Premis tersebut disyaki terlibat dalam pemprosesan sisa elektronik melalui kaedah peleburan dan menyebabkan pencemaran udara di Kawasan sekitar termasuk jalan utama Lebuhraya Kuantan-Segamat.
Dalam pada itu, pihak Jabatan imigresen Malaysia (JIM) turut menahan seorang pekerja warga asing bagi siasatan lanjut.
Kelengkapan ke atas premis tersebut juga ditahan bagi mencegah ianya beroperasi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang memperuntukkan hukuman penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun dan denda maksimum sehingga RM 10 juta jika sabit kesalahan.
Operasi turut disertai agensi penguatkuasaan melibatkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebarang aduan pencemaran boleh terus dilaporkan ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di http://eaduan.doe.gov.my.
IMedikel TV






