Home Luar Negara HANYA KERANA TAK BAYAR YURAN, MURID DIHUKUM DUDUK DI LANTAI

HANYA KERANA TAK BAYAR YURAN, MURID DIHUKUM DUDUK DI LANTAI

JAKARTA: Hanya kerana tidak membayar yuran, seorang murid sekolah di Sumatera Utara, Indonesia, baru-baru ini, dihukum duduk atas lantai dalam kelasnya.

Portal Kompas melaporkan, gurunya dilaporkan menghukum murid darjah empat di Abdi Sukma, Medan itu kerana tidak membayar yuran selama tiga bulan.

Ibu murid itu, Kamelia, 38, kecewa apabila anaknya diperlakukan gurunya.

“Cikgu orang yang berpendidikan dan jauh lebih berpendidikan daripada saya.

“Sekurang-kurangnya janganlah buat anak saya macam binatang,” katanya TribunTangerang.com.

Kamelia berkata, keluarga mereka memang sedang mengalami masalah kewangan.

Katanya, mereka sekeluarga bergantung kepada suaminya yang hanya bekerja sebagai buruh binaan.

“Saya merancang untuk membayar yuran itu pada Rabu lalu dengan menggunakan wang hasil jualan telefon bimbit.

“Tetapi, anak saya sudah mengadu dia malu ke sekolah kerana dihukum belajar di lantai,” katanya.

Sementara itu, guru besar sekolah itu, Juli Sari berkata, dia tidak tahu-menahu tentang tindakan guru kelas berkenaan.

Katanya, mereka sudah memohon maaf kepada keluarga murid berkenaan. – AGENSI, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here