Home Buletin Semasa KELANTAN HARGAI KOMUNITI CINA MELALUI PERAYAAN

KELANTAN HARGAI KOMUNITI CINA MELALUI PERAYAAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan negeri terus menghargai masyarakat pelbagai kaum dengan memberi penghargaan kepada komuniti Cina melalui penganjuran perayaan Tahun Baharu Cina dan tarian singa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata meskipun komuniti itu merupakan kelompok minoriti namun
ia perlu diambil kira kerana dapat mempamerkan budaya masyarakat pelbagai kaum.

“Ini satu permulaan yg baik walaupun jumlah masyarakat Cina tidak ramai tapi kerajaan masih lagi memberi penghargaan dan pengiktirafan bukan kerana saiznya kecil maka kita tidak ambil perhatian.

“Kita juga menjadi model yang bagus untuk Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program “Lion Kid Warrior Challenge” sempena Tahun Baharu Cina, di Kota Bharu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tarian singa adalah ekspresi budaya Cina yang turut diminati masyarakat Melayu sekaligus dapat mewujudkan keharmonian dalam pelbagai kaum.

Jelasnya, dari kepelbagaian tradisi dan budaya, terdapat masyarakat Cina yang meminati seni dikir barat, wayang kulit dan sebagainya.

“Kebudayaan itu adalah kebudayaan yang dikongsi bersama.

“Bagusnya Persatuan Tarian Singa Kelantan ini kerana menggalakkan kanak-kanak belasan tahun yang masih muda lagi, besoknya akan ada pelapis untuk melestarikan kegiatan kebudayaan ini,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here