Home Luar Negara REMAJA LELAKI MATI DITIKAM DALAM BAS LONDON

REMAJA LELAKI MATI DITIKAM DALAM BAS LONDON

LONDON: Seorang budak lelaki berusia 14 tahun maut ditikam pada siang hari di dalam bas di London pada Selasa, dalam insiden jenayah terbaharu membabitkan pisau di ibu negara Britain, kata polis.

Mangsa maut di atas salah sebuah bas merah dua tingkat yang biasa di bandar itu di Woolwich, tenggara London, kata polis dalam satu kenyataan.

Paramedik merawat kanak-kanak itu kerana kecederaan akibat tikaman di tempat kejadian, “tetapi meninggal dunia sejurus selepas pegawai perubatan tiba,” tambah kenyataan itu.

Insiden itu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun parah akibat tikaman di kawasan Leicester Square yang sibuk di London pada Ogos lalu.

Seorang lelaki berusia 32 tahun kemudiannya ditahan.

Pada September lalu, seorang remaja ditikam hingga mati di kawasan yang sama di Woolwich. Tiga lelaki muda didakwa dan akan menghadapi perbicaraan atas pembunuhan itu.

Perdana Menteri Keir Starmer memanggil jenayah pisau sebagai “krisis nasional.”

Data Pejabat Statistik Kebangsaan yang dikeluarkan pada Oktober lalu berkata, jenayah pisau di England dan Wales, meningkat empat peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Jun berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, ia masih lebih rendah daripada tahap prapandemik.

Kerajaan Buruh, yang berkuasa sejak Julai, telah berjanji untuk menghentikan jenayah pisau dalam dekad akan datang.

Larangan terhadap beberapa pisau dan parang berkuat kuasa pada September lalu. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here