MADRID: Pemain sayap Real Madrid Vinicius Junior digantung dua perlawanan La Liga selepas menerima kad merah ketika menentang Valencia minggu lalu.
Pemain sayap Brazil itu menyiku leher penjaga gol Stole Dimitrievski selepas dia ditolak penjaga gol Los Che.
Juara Sepanyol Real Madrid bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Valencia 2-1, Jumaat lalu selepas insiden layangan kad merah Vinicius, sekali gus melonjak ke persada liga.
Vinicius akan terlepas aksi liga seterusnya menentang Las Palmas dan Real Valladolid tetapi boleh beraksi pada Piala Super Sepanyol di Arab Saudi minggu ini dengan Madrid menentang Mallorca pada separuh akhir awal pagi Jumaat. – AFP, HMetro –
IMedikel TV






