Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 31 Disember 2024.
MetMalaysia dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu meliputi keseluruhan kawasan.
Di Pahang pula melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin.
Amaran sama turut dikeluarkan sehingga 30 Disember 2024 untuk kawasan tertentu di Sabah seperti Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan, (Telupid, Kinabatangan, Beluaran, dan Sandakan) serta Kudat.
Bagi mendapatkan maklumat berkenaan cuaca, orang ramai boleh melayari laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca atau media sosial rasmi jabatan tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline 1-300-22-1638.
IMedikel TV






