KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Adi Putra kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di sebuah pusat perubatan, di sini.
Isterinya, Datin Aida Yusof berkata, mereka masih lagi menunggu keputusan ujian darah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Setakat ini, okay sikit sebab dah diberi ubat, antibiotik dan sebagainya. Cuma, keputusan ujian darah masih belum keluar lagi dan masih menunggu.
“Dia agak letih sebab jadual penggambaran yang berturut-turut selepas balik dari Makkah, kemudian kena kencing berdarah. Jadi, memang agak lemah sikitlah. Kemudian, selepas itu ada jangkitan di paru-paru pula,” katanya kepada Harian Metro.
Aida berkata, dia akan memaklumkan kepada media sekiranya ada maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan Adi.
“Doktor belum beritahu sampai bila dia perlu ditahan di wad sebab masih perlu dipantau. Tapi, kalau ada maklumat terbaru, saya akan maklumkan,” katanya.
Terdahulu, Adi dimasukkan ke wad Jumaat lalu selepas mula rasa lemah ketika di lokasi penggambaran drama bersiri Sekam Di Dada. – HMetro Online –
IMedikel TV






