Home Luar Negara 4 MAUT RUNTUHAN SALJI DI PERANCIS

4 MAUT RUNTUHAN SALJI DI PERANCIS

137
0

PARIS: Sekurang-kurangnya empat maut, manakala sembilan lagi cedera dalam runtuhan salji di glasier Armancette di Pergunungan Alps Perancis,

kata Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin.

“Runtuhan salji melanda glasier Armancette sekitar tengah hari. Mengikut data awal, empat maut dan beberapa lagi cedera.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di lokasi itu,” kata Darmanin melalui ciapan di Twitter seperti yang dilaporkan Sputnik.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan Haute-Savoie berkata, mangsa yang terperangkap adalah mereka yang bermain ski di kawasan pergunungan pedalaman dan identiti masing-masing sedang dikenal pasti.

Katanya, runtuhan itu agak besar meliputi kawasan seluas satu kilometer pada ketinggian 3,500 meter dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Presiden Emmanuel Macron menulis di Twitter memaklumkan perkhidmatan menyelamat akan terus dilaksana dan beliau sentiasa bersama mangsa dan keluarga mereka.

Media Perancis melaporkan, dua helikopter terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat, dan tiada amaran runtuhan salji dikeluarkan sebelum kejadian.

Sumber: BERNAMA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here