Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Seseorang akan mengalami ketegangan leher sekiranya terlalu lama menggunakan peranti elektronik termasuk gadjet mahupun penggunaan komputer atau komputer riba semasa bekerja.
Ramai yang memandang enteng akan masalah kesihatan seperti ini kerana ia dianggap terlalu biasa.
Sakit leher mungkin kelihatan remeh, tetapi jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah kronik yang mengganggu kehidupan harian.
Bagi mereka yang terlalu kerap mengalami sakit leher, anda perlu mengenal pasti punca utama kenapa ia berlaku.
Punca Utama Sakit Leher
1. Postur yang tidak betul
Penggunaan telefon pintar dan komputer dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan tekanan pada otot leher. Fenomena ini dikenali sebagai text neck.
2. Ketegangan otot
Duduk terlalu lama atau tidur dalam posisi yang salah boleh menyebabkan ketegangan pada otot leher.
3. Kecederaan
Kecederaan seperti whiplash (kecederaan akibat hentakan pada kepala) sering menjadi punca sakit leher.
4. Masalah tulang belakang
Penyakit seperti cakera tergelincir (slipped disc) atau artritis boleh menyebabkan sakit leher kronik.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah sakit leher, anda perlu cakna supaya boleh mengelakkan daripada menjadi lebih mudarat dan jangan biarkan ia mengganggu kehidupan harian.
Sakit leher yang ringan biasanya akan pulih sendiri dengan rehat, tetapi terdapat beberapa gejala memerlukan perhatian perubatan segera. Antara gejala yang perlu diambil serius sekiranya anda mempunya masalah itu adalah:
- Sakit yang merebak ke bahu atau lengan.
- Kebas atau kelemahan pada tangan.
- Kesukaran menggerakkan kepala.
- Sakit yang berlarutan lebih dari seminggu tanpa penambahbaikan.
Anda dinasihatakna untuk mendapatkan rawatan sekiranya ia berterusan. Antara awatan dan pencegahan
1. Rawatan awal
- Rehatkan leher, gunakan ais atau haba untuk melegakan otot, dan amalkan senaman regangan ringan.
- Ubat penahan sakit seperti parasetamol atau NSAID boleh membantu mengurangkan keradangan.
2. Fisioterapi
- Terapi fizikal membantu meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan otot leher.
3. Penyesuaian gaya hidup
- Amalkan postur yang baik semasa duduk dan elakkan membongkok terlalu lama.
- Gunakan bantal yang sesuai semasa tidur untuk menyokong leher.
IMedikel TV






