Home Sukan ANTONIO JALANI PEMBEDAHAN KAKI SELEPAS TERBABIT KEMALANGAN

ANTONIO JALANI PEMBEDAHAN KAKI SELEPAS TERBABIT KEMALANGAN

LONDON: Penyerang West Ham United, Michail Antonio, menjalani pembedahan selepas mengalami patah pada bahagian bawah kaki susulan terbabit dalam kemalangan jalan raya, menurut kenyataan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Selepas kemalangan yang berlaku di kawasan Essex hujung minggu lalu, Antonio, 34 tahun, dikejarkan ke sebuah hospital di London.

Kelab itu mengesahkan bahawa pemain antarabangsa Jamaica itu sedar, boleh berkomunikasi, dan berada dalam keadaan stabil.

Antonio, yang bersama West Ham sejak 2015, tampil dalam setiap perlawanan liga musim ini.

“Semua di kelab ini mendoakan Michail agar cepat sembuh dan ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan luar biasa yang diberikan oleh komuniti bola sepak sejak berita ini tersebar semalam,” kata kelab itu di media sosial.

“Kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada pasukan kecemasan dan penyelamat yang bertindak segera di lokasi kejadian, serta pasukan perubatan yang terus membantu Michail dalam proses pemulihannya.”

West Ham dijadualkan bertemu Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan seterusnya di laman sendiri esok pagi. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here