Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PENGKALAN KUBOR: Batalion (BN) 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik yang dikesan di Pengkalan Haram Pejal Pengkalan Kubor, di sini, pada Ahad.
Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid dalam kenyataan berkata rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 10 pagi apabila ternampak seorang lelaki di tepi sungai dalam keadaan mencurigakan semasa membuat rondaan Op Taring di sini.
“Lelaki tersebut melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota penguatkuasa. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kotak yang mengandungi produk kosmetik dipercayai dari Thailand ditemui tanpa dokumen yang sah.
“Produk kosmetik ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 26,600.00,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya kes disiasat dibawah Sek 7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984. Hasil rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






