Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Pelbagai cabaran kesihatan yang perlu dititik beratkan termasuk risiko penyakit bawaan air dan udara.
Bukan sahaja menjaga keselamatan diri dari air banjir untuk mengelakkan menjadi mangsa lemas, namun keselamatan kesihatan juga perlu dijaga.
Jadi, sebagai mangsa banjir anda perlu mengikuti langkah keselamatan di musim banjir yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
- Elakkan dari bermain atau meredah air banjir
- Pakai peralatan pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir
- Segera bersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih
- Cuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri
- Jangan guna air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan
- Sentiasa guna air bersih atau air berbotol untuk minum, cuci makanan, peralatan dan diri
- Pastikan pusat pemindahan sementara sentiasa bersih dan bebas lalat, lipas dan tikus
- Pakai alat pelindungan diri semasa mencuci rumah dan persekitaran selepas banjir
Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya demam, mual atau loya untuk mengelakkan kejadian lebih serius.
IMedikel TV






